Assalamualaikum pada semua.
Saya berasa amat ghairah sekali apabila sekolah kami mengadakan Kuiz Fiesta Bahasa & Budaya 2010 baru-baru ini. Sekolah lain seperti Sekolah Menengah Pioneer, Westwood, Juying dan St Margaret girls juga turut hadir untuk mengambil bahagian dalam kuiz tersebut. Kami dihiburkan dengan tarian cina dan seterusnya, kami berhijrah ke sebuah tempat yang dikhaskan untuk murid-murid bahasa melayu menandingi satu sama lain. Pertandingan tersebut dibuka tirai oleh Syafiq dan Hafizan yang menjadi pengacara buat malam itu. Mereka berjaya menyampaikan ucapan dengan meriah dan melucukan. Ketika pertandingan itu sedang berjalan, saya amat kagum dengan kesemua peserta yang telah menjawab dengan pantas dan juga penuh keyakinan. Walaupun mereka tidak dapat menjawab kesemua soalan yang dipaparkan, mereka tidak putus asa. Sebaliknya mereka tetap cuba untuk menjawab dan mempelajari dari kesilapan. Dari pertandingan bahasa dan budaya itu, saya dapat mempelajari lebih banyak tentang budaya melayu yang tidak pernah saya ketahui. Setelah pertandingan itu sampai ke penghujungnya, Sekolah Menengah Boon Lay berjaya mendapat tempat kedua. Saya amat bangga dengan prestasi Ahmad, Sadiq, Hazimah dan juga Adibah yang telah mewakili Sekolah Menengah Boon Lay. Mereka telah berani melawan perasaan takut yang membakar diri mereka. Kerja keras dan semangat mereka telah menghasilkan sebuah piala. sehingga di sini sahaja saya menulis.
Assalamualaikum.