Bulan Bahasa
Sewaktu kelas bahasa melayu yang lepas, Cikgu Shidah, seperti biasa memainkan peranannya sebagai guru bahasa melayu dengan mendorong kami semua untuk berinteraksi dalam bahasa ibunda kita iaitu bahasa melayu. Tetapi kami disuruh membuat kerja kumpulan dan setiap kumpulan diberikan beberapa topik tentang budaya melayu seperti makanan tradisional, tarian melayu, busana, muzik tradisional dan juga cerita dongeng. Kami haru memikirkan cara untuk menyampaikan informasi tentang topik yang telah dipilih dengan cara yang kreatif dan juga haruslah berkesan. Kumpulan pertama membuat pakaian melayu dengan menggunakan suratkhabar sahaja dan saya ama kagum dengan daya kreativiti mereka. Namun begitu, mereka harus menerangkan tentang pakaian mereka dengan lebih mendalam kerana saya merasakan bahawa ia tidak begitu jelas. Tetapi saya berpendapat bahawa kelas aktiviti seperti ini amat bermanfaat bagi kami semua kerana kelas bahasa melayu akan menjadi lebih meriah dan tidak membosankan. Selain itu, kami juga dapat mempelajari sesuatu daripada teman-teman kita yang akan membuat kita tertarik untuk mendengarkannya. Saya harap bahasa ibunda kita akan tetap lestari kerana ia sungguh cantik dan indah. Kita harus menghargai kerja keras nenek moyang kita yang telah mengekalkan bahasa melayu suatu waktu dahulu.